"Sesiapa yang inginkan dunia maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang inginkan akhirat maka dia juga mesti berilmu dan sesiapa yang ingin kedua-duanya iaitu dunia dan akhirat maka dia lebih dituntut agar berilmu."

Saturday, September 10, 2011

~ Perubahan Yang Berlaku ~

Perubahan yang berlaku

kini dunia telah berubah, berubah daripada setiap sudut
kepada mmembangun kepada maju
daripada miskin kepada kaya
dan daripada kecik kepada besar

tapi apa yang saya ingin memperkatakan disini bukan lah berkaitan dengan
teknologi drpd Nokia 3210 kepada Iphone 4
bukanlah daripada pemerintahan Tun Dr Mahadir kepada Dato Seri Najib
dan juga bukanlah berkenaan Mat Sabu

tapi ia berkenaan sudut pemikiran manusia..
jika dulu kita semua tak tahu apa yang terjadi kepada dunia..
tp kini dengan adanya internet kita mampu mengetahui apa yang terjadi setiap saat
semuanya dihujung jari kita sahaja..

jika dulu apa yang kita tahu hanya lah yang ada tertulis di dalam buku
apa yang kita tahu hanya apa yang terjadi di dalam kampung kita sahaja
apa yang kita tahu hanya yang tertulis di surat khabar sahaja

tapi kini setiap orang mampu keluar daripada kampung ke bandar
kita mampu membeli pelbagai majalah dan surat khabar
kini kita mengetahui lebih banyak sekiranya kita mahu

tapi ini semua hanya mukadimah..
apa yang saya benar-benar ingin memperkatakan disini adalah
sudut pandangan orang bukan Islam terhadap Islam
dan juga
pandangan orang Islam terhadap Islam itu sendiri

sekiranya dulu.. orang bukan Islam tidak ingin pun mahu mengenal apa itu Islam
dan begitu juga orang Islam.

saya mulakan dengan pandangan orang bukan Islam terhadap Islam.
bagi mereka Islam ini hanyalah satu agama yang tiada apa-apa.
agama yang membuli kaum wanita
agama yang terlalu banyak soalnya

tapi kini ia telah berubah.
bukannya berubah pemikiran tetapi
mereka tidak lagi memfitnah sesuka hati mereka
kini mereka berkeinginan untuk search berkenaan Islam di Googgle Search or seumpamanya
kini mereka lebih mengetahu tentang Islam daripada dahulu.

ini adalah kesan pada tragedi 9/11 10 tahun yang lepas.
ini adalah beberapa kesan yang kebanyakkn orang Islam tidak mengetahuinya.
banyk pembukaan Surau di America Syarikat selapas kejadian itu
dan dengan secara tidak lansung ia menunjukkan pertambahan umat Islam di negara tersebut

bagaimana pula dengan sudut pandangan orang Islam terhadap Islam itu sendiri

kini orang islam telah berubah
mereka ingin mendalami ilmu agama itu
mereka ingin mengetahui apa itu Islam
mereka berani memberi pendapat
mereka berani untuk menyoal

ia tidak lagi seperti dulu dimana
orang-orang dulu hanya membabi buta menerima segala yang di ajar oleh guru-guru agama
tanpa mempersoal kan mengapa dan kenapa

saya pernah menulis mengenai situasi di atas. anda boleh membaca semula di post saya

sebelum ini dibawah tajuk BIAR TAK FAHAM, JANGAN SALAH FAHAM

semua ini menunjukkan semuanya berubah
tetapi percayalah
Islam itu tetap Islam yang sama
cuma kita sahaja yang perlu mencari nya.
seperti baru-baru ini
keluar isu mengenai Fadhilat Terawih
isu nya mengatakan bahawa tiada hadis sahih yang mengatakan fadhilat-fadhilat tersebut
itu merupakan satu isu yang besar
ini adalah kerana sebelum ini, pembacaan mengenai fadhilat-fadhilat ini sering
dibacakan pada surau-surau sebelum solat sunat terawih itu dimulakan
lihat lh
bertapa besarnya kebaikan apabila sudut pemikiran kita berubah

akan tetapi
sifat ingin tahu ini ada keburukan nya juga
lagi-lagi ia berkenaan agama
segala yang kita ingin tahu berkenaan agama
ia perlu lah dan berlandaskan kepercayaan yang kuat.
jangan sesekali mempersoal kn kewujudan Allah.
jika kita mempersoal kan nya
maka cepatlah cepatlah mencari jalan kembali
kerna percayalah
Allah itu wujud dan kita lah hambaNYA

sebelum saya mengakhiri post ini.

saya ingin mengatakan sesuatu
post ini mungkin ada salah silap dan sekiranya kamu mengetahui
saya dengan rela hati ingin mendengar nya.

dan seperkara lagi
bukan semua manusia berubah pemikiran nya
tetapi ia mampu berubah sekiranya kita mahu

sekian
assalammualaikum


Friday, September 2, 2011

Anak Derhaka!!


anak derhaka!

berhubung perkara diatas, sy ingin mengatakan bahawa.. pada zaman alaf baru ini. semua anak2 tidak akan menjadi anak derhaka..

kenapa sy berkata demikian..

inilh buktinya..

semua orang tahu bahwa mengikut peribahasa melayu. syurga terletak dibawah kaki ibu..
tp yg kita nmpk.. ketumbit adalah.. hahaha.. just kidding..
mengapa peribahasa berkata demikian..
dan saya pasti semua org tahu bahawa ibu merupakan perkara ketiga dan keempat dan kelima yang perlu kita sayang setelah first=Allah dan 2nd=Rasulallah..

tapi apa kene mengena benda ini dengan anak derhaka..

siapa disini yang sayang kepada ibu mereka??
semua orang sayang...
brp banyak kamu semua sayang kepada ibu??
mesti banyakkkk knnnn??

tp..
persoalannya..
adakah kasih sayang kita itu melebihi kasih sayang ibu kita kepada kita??
sudah tentu tidak..

itulah sebb mengapa kita tidak akan menjadi ANAK DERHAKA!!

apa yang kita buat for sure akan dimaafkan oleh ibu kita..

dulu ustaz/ustazah selalu cakap..
jangan sesekali melawan cakap ibu bapa.. sedangkan perkataan 'ah' itu sekali pun sudah dikira sebagai anak derhaka..

tapi kalau lah saya mampu balik pada zaman tersebut..
akan saya angkat tangan dan berkata..
'ustaz,sy rasa mak saya akan maafkan sebab dia sayang saya'
mesti ustaz itu terdiam punya...

cuba kita fikirkan.. logik tak apa yang diperkatakan disini..
masuk akal ke tidak..

mestilh masuk akal..
mana ada ibu yg tidak syg kn anaknya..
mereka sanggup berhempas pulas bekerja untuk sesuap nasi..
even.. mesti kita pernah minta ibu kita duit mase sekolah rendah..

kita cakap..
ibu, nk rm5. nk beli vitagen kat sekolah. dorang datang esok.
tahu2 jer, esok tetibe mak kita bagi duit tp bukn rm5 tp rm10.
bertapa ibu kita syg kan kita kan..

so.. xkn muncul lagi cerita macam Anak Tanggang.. or apa2 yang berkaitan dengan anak derhaka lagi kerana perkara sedemikian tidak akan berlaku lagi.
kerana kita berpegang teguh pada kata dasar kita iaitu..

IBU KITA SAYANGKN KITA

tp dosa dan pahala bukn nya ditentukan oleh ibu or bapa kite
kita kene lihat dan tanya mengapa kita hidup di dunia nie.

ia semata mata kerana DIA

DIA yg menetukn dosa dan pahala kita.
kita kene liht bukn bermakna setiap perkara baik yang kita buat,kecil mahupun besar akan directly diterima dan begitu juga sebaliknya..
oleh sebb itu. apa shj yg kita bukn kene lh berpndukn terhadp apa yg DIA mahu. bukn apa yg kita mahu.

oleh sebb itu..

setiap langkah mahupun setiap nafas, kita perlulh berfikir yg kita bernafas dan kita melngkh hanya lh kerana DIA

sekian..