Best?
Sedap?
Dua perkataan yang sering kita lafazkan apabila
makan sesuatu ataupun melihat filem? Tetapi apakah yang
menyebabkan kite mengucapkan dua perkataan ini?
Sekiranya filem..
Adakah sebab jalan ceritanya?
Adakah sebab pelakon nya?
Adakah sebab kita melihat dengan seseorang?
Sekiranya makanan..
Adakah sebab makanan kegemaran?
Adakah sebab tukang masak?
Adakah sebab suasana kita makan??
Disinilah menjadi persoalannya.
Apakah yang menyebabkan kita rasa best mahupun
sedap??
Saya ada jawapannya..tapi ini hanya pendapat
ia adalah element of surprise
ataupun sesuatu yang mendebarkn, sesuatu yang membuat kan
kita rasa terkejut, sesuatu yang membuat kita rasa lain
daripada yang lain.
Kita lihat pada satu contoh.
Cerita Harry Potter.
bagi saya semua filem Harry Potter sangat
membosankan. Walaupun kutipan filem tersebut berjuta
ringgit akan tetapi ia sangat membosan bagi saya. Ini
adalah kerana saya rasa membaca novel Harry Potter lebih
menarik. Mengapa?? sebab saya telah membaca novel terlebih
dahulu. Oleh sebab itu, semua sangat mendebarkan, semua
jalan cerita telah saya ketahui sebelum melihat filem
Harry Potter. Itulah alasan pertama mengapa saya
mengatakan filem Harry Potter sangat membosankan. Elements
of surprise telah hilang semasa melihat filemnya.
Memakan sesuatu
Orang selalu teringin makan sesuatu yang sedap.
Nilai kesedapan itu terletak pada saat
pertama kita memakannya sahaja. Sekirannya sedap di mulut
pada suapan pertama, makan itulah sedap akan tetapi untuk
suap kali kedua, itu adalah biasa. Ini adalah kerana
element of surprise terletak pada suapan pertama sahaja.
Element of Surprise
Itulah yang menyebabkan kita merasa sedap ataupun
tidak sedap. Itulah yang menentukan sama ada kita akan
rasa satu rasa yang kita tidak pernah rasa.
Kita lihat contoh yang lain.
Ilmu ataupun Pemandangan
Orang-orang North Pole sudah biasa dengan keadaan
salji. Bagi mereka itu adalah perkara biasa tetapi bagi
rakyat Malaysia, salji itu adalah best ini adalah kerana
elements of surprise merasa dan memegang ais untuk kali
pertama. Akan tetapi memegang ais untuk kali kedua bagi
orang Malaysia, ia adalah biasa.
Oleh sebab itu, bagi saya semua di dunia adalah
sama. Yang membezakan adalah saat pertama kita merasanya.
Akan tetapi..jangan tersilap, tidak semestinya air
sirap yang dikatakan sangat sedap tadi akan tetap menjadi
biasa untuk kali kedua. Ia boleh berubah pada kali kedua
juga tetapi ia bergantung pada suhu cuaca, suhu badan
kita, kuantiti air dan juga benda-benda lain yang
berkaitan. Ia juga boleh jadi sedap untuk kali kedua jika ia ada perubahan terhadapnya.
Lihat contoh lain.
CoolBlog
Jika setiap hari kita merasa CoolBlog yang diletak
ketulan ais yang sama,kuantiti air yang sama dan kuantiti
kitaran mesin yang sama, CoolBlog tersebut tidak akan
merasa sedap untuk kali kedua.
Ingatlah, kesedapan sesuatu bergantung pada
element of surprise. Setiap perubahan kecil juga mampu memberi element of surprise.
Sekian
