"Sesiapa yang inginkan dunia maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang inginkan akhirat maka dia juga mesti berilmu dan sesiapa yang ingin kedua-duanya iaitu dunia dan akhirat maka dia lebih dituntut agar berilmu."

Saturday, September 10, 2011

~ Perubahan Yang Berlaku ~

Perubahan yang berlaku

kini dunia telah berubah, berubah daripada setiap sudut
kepada mmembangun kepada maju
daripada miskin kepada kaya
dan daripada kecik kepada besar

tapi apa yang saya ingin memperkatakan disini bukan lah berkaitan dengan
teknologi drpd Nokia 3210 kepada Iphone 4
bukanlah daripada pemerintahan Tun Dr Mahadir kepada Dato Seri Najib
dan juga bukanlah berkenaan Mat Sabu

tapi ia berkenaan sudut pemikiran manusia..
jika dulu kita semua tak tahu apa yang terjadi kepada dunia..
tp kini dengan adanya internet kita mampu mengetahui apa yang terjadi setiap saat
semuanya dihujung jari kita sahaja..

jika dulu apa yang kita tahu hanya lah yang ada tertulis di dalam buku
apa yang kita tahu hanya apa yang terjadi di dalam kampung kita sahaja
apa yang kita tahu hanya yang tertulis di surat khabar sahaja

tapi kini setiap orang mampu keluar daripada kampung ke bandar
kita mampu membeli pelbagai majalah dan surat khabar
kini kita mengetahui lebih banyak sekiranya kita mahu

tapi ini semua hanya mukadimah..
apa yang saya benar-benar ingin memperkatakan disini adalah
sudut pandangan orang bukan Islam terhadap Islam
dan juga
pandangan orang Islam terhadap Islam itu sendiri

sekiranya dulu.. orang bukan Islam tidak ingin pun mahu mengenal apa itu Islam
dan begitu juga orang Islam.

saya mulakan dengan pandangan orang bukan Islam terhadap Islam.
bagi mereka Islam ini hanyalah satu agama yang tiada apa-apa.
agama yang membuli kaum wanita
agama yang terlalu banyak soalnya

tapi kini ia telah berubah.
bukannya berubah pemikiran tetapi
mereka tidak lagi memfitnah sesuka hati mereka
kini mereka berkeinginan untuk search berkenaan Islam di Googgle Search or seumpamanya
kini mereka lebih mengetahu tentang Islam daripada dahulu.

ini adalah kesan pada tragedi 9/11 10 tahun yang lepas.
ini adalah beberapa kesan yang kebanyakkn orang Islam tidak mengetahuinya.
banyk pembukaan Surau di America Syarikat selapas kejadian itu
dan dengan secara tidak lansung ia menunjukkan pertambahan umat Islam di negara tersebut

bagaimana pula dengan sudut pandangan orang Islam terhadap Islam itu sendiri

kini orang islam telah berubah
mereka ingin mendalami ilmu agama itu
mereka ingin mengetahui apa itu Islam
mereka berani memberi pendapat
mereka berani untuk menyoal

ia tidak lagi seperti dulu dimana
orang-orang dulu hanya membabi buta menerima segala yang di ajar oleh guru-guru agama
tanpa mempersoal kan mengapa dan kenapa

saya pernah menulis mengenai situasi di atas. anda boleh membaca semula di post saya

sebelum ini dibawah tajuk BIAR TAK FAHAM, JANGAN SALAH FAHAM

semua ini menunjukkan semuanya berubah
tetapi percayalah
Islam itu tetap Islam yang sama
cuma kita sahaja yang perlu mencari nya.
seperti baru-baru ini
keluar isu mengenai Fadhilat Terawih
isu nya mengatakan bahawa tiada hadis sahih yang mengatakan fadhilat-fadhilat tersebut
itu merupakan satu isu yang besar
ini adalah kerana sebelum ini, pembacaan mengenai fadhilat-fadhilat ini sering
dibacakan pada surau-surau sebelum solat sunat terawih itu dimulakan
lihat lh
bertapa besarnya kebaikan apabila sudut pemikiran kita berubah

akan tetapi
sifat ingin tahu ini ada keburukan nya juga
lagi-lagi ia berkenaan agama
segala yang kita ingin tahu berkenaan agama
ia perlu lah dan berlandaskan kepercayaan yang kuat.
jangan sesekali mempersoal kn kewujudan Allah.
jika kita mempersoal kan nya
maka cepatlah cepatlah mencari jalan kembali
kerna percayalah
Allah itu wujud dan kita lah hambaNYA

sebelum saya mengakhiri post ini.

saya ingin mengatakan sesuatu
post ini mungkin ada salah silap dan sekiranya kamu mengetahui
saya dengan rela hati ingin mendengar nya.

dan seperkara lagi
bukan semua manusia berubah pemikiran nya
tetapi ia mampu berubah sekiranya kita mahu

sekian
assalammualaikum